Monday, January 24, 2011

Terima kasih ya Allah..

Syukur ya Allah.Alhamdulillah. Hanya lafaz itu yang mampu aku ucapkn. Tak terkata dengan bicara,tak dapat dilakar dengan seni.Terima kasih ya Allah. Buat ukhti yg aku sayangi,aku mahu kau patuhi syariat,aku mahu kau bahagia dunia akhirat. Aku mahu kau jd insan solehah.Untuk agama Tuhan.Cintai Allah lebih dr segalanya,cintai nabi sepenuh hati.

Untukmu wahai ukhti yg aku sayangi,lakaran hati ini buatmu..

 Tatkala mehnah ujian datang,pasti ia diiringi dengan air mata.Andai kau diuji,itu tanda Dia menyayangimu,Dia mencintaimu.Dia sentiasa ada disaat kau senang dan susah.Tetapi,ada pernah kau bermuhasabah tentang cintaNya sebelum kau mendamba kasih selainNya? Tanya dirimu lagi,ketuk pintu imanmu,buka lembaran baru,jaga hati yang satu,agar cintamu hanya buat Illahi. Ujian itu beserta hikmahnya.Tabahkan hati wahai insan.Segalanya ingin meningkatkan taqwamu.Ayuh raih tanganku,mari berjuang bersamaku.Mardhotillah itu yang kita tunggu,rahmat Tuhan itu yang kita perlu,syurga Illahi itu yang kita impikan.Mari harungi dugaan itu bersamaku.Moga hati-hati hamba Allah ini bertaut kasih untuk bernaung di bawah redha dan rahmatNya.

 Di saat ketika kau didatangi ujian,mahu aku jadi penenangmu.Ingin ku hurkan bahu.Saat itu,ingin ku bawamu menuju ke rumah Allah,mengalunkan ayat cintaNya bersamamu agar kau tenang.Solat bersamamu agar kau lupa seketika masalah dunia sementara.Ketika itu,aku hanya ingin kau tahu , ' Derita kehidupan bukan 1 beban,gundah kehidupan bukan 1 ancaman,tapi 1 didikan.Mehnah kehidupan,bukan 1 kesusahan tapi 1 kekuatan.Walau perit manapun kehidupan,sesukar manapun perjalanan,tabahkan hati,kita mujahid,kuatkan diri,kukuhkan tekad.Yakinlah apa yang ditentukanpasti ada hikmahnya.Betulkan niat dalam kita menuju mardhotillah,InsyaAllah.


Terima kasih atas semua ilmu yg kau hulur buatku,sokongan yg kau beri padaku,kesanggupanmu melayan ku siang dan malam .terima kasih atas semuanya..




Friday, January 7, 2011

Hari ni, i learn 1 thing..how to create a blog..hasil tunjuk ajar dr seorang insan solehah.seorang hamba yg taatkan ALLAH. Terima kasih wahai ukhti.Moga berkat tunjuk ajarmu,dapat aku jadikan laman ini sebagai satu laman dakwah bersama,tebarkan cinta ukhuwwah.Bersama laksanakan sunnatullah.Saling ingat mengingatkn kearah kebaikan.Agar aku sentiasa di landasan yg benar.Jalan yg diredhai Allah.

'Ya Allah,kau satukan lah hati kami ..Izinkanlh kami menjadi ummah yg satu dalam menggapai redhaMu. Agar kami bisa menegakkan kebenaran bersama,Moga kami beroleh syafaat KekasihMu  di padang mahsyar kelak..Moga kami bertemu di syurgaMu.'      Allahumma ameen

 Katakanlah wahai Muhammad : " Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.dan (ingatlah) ,Allah Maha Pengampun lg Maha Mengasihani ( Ali Imran: 31 )



Hidupkan kami dalam cinta itu
Matikan kami dalam cinta itu
Pulangkan kami dengan cinta itu
Ke pangkuanMu
Agar dapat kami bersatu
Dalam memikul amanahMu..

Awalan Ukhuwwah..

Wahai sahabat,
Terimalah naskhah cintaku ini
Buat sekalian yang menyapa hidupku
di blog,pertemuan antara mata dan
perbualan berkongsi rasa,
yg sentiasa mendekati-Nya
berkenderaankan cinta..


Terimalah naskhah cintaku ini ya Allah
Dalam kehambaanku
mendamba kasih, rahmat,
redha dan cintaMu